Sunday, 22 December 2013

Anda otak kanan atau otak kiri?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Tadi saya tengah blogwalking. Tetiba terjumpa blog adik  Ainur Atikah. Btw, akak pon minat purple macam awak jugak tau. hihi. High five sikit jom!  Terjumpa pulak entri adik Ainur pasal otak kiri dan otak kanan ni. Macam best je, macam menarik je. Saya pon cuba la. Mengikut ujian tersebut, saya 53% otak kiri dan 47% otak kanan. So, saya otak kiri la ye. Lepastu, saya adalah buat research sikit-sikit pasal otak ciri-ciri orang otak kanan dan otak kiri ni. Ni lah hasilnya. Boleh percaya atau tak? Wallahua'lam.



Ciri-ciri orang yang menggunakan otak kanan:     
1.Memilih kelas seni atau puisi daripada matematik atau sains.
2.Ingin bekerja dalam bidang kreatif, sosial, penasihat, guru, dan lain-lain.
3. Percaya pada kekuatan imaginasi.
4. Tidak suka hal-hal yang menggunakan otak.
5. Menyukai buku novel atau bukan fiction.
6. Boleh mengingat mimpi-mimpi dengan jelas.
7. Lebih suka menonton DVD daripada berita.
8. Mudah memahami maksud gambar yang dilihat daripada angka-angka.
9. Suka menggunakan perasaan yang kuat untuk mengambil keputusan.
10. Tidak menyukai hal yang terstruktur.
11. Menggunakan intuisi dibandingkan dengan logik.
12. Mampu menghasilka gagasan dan idea-idea yang bijak.
13. Bijak dalam setiap peluang dan kesempatan. 

14.Usahawan yang berjaya meskipun tidak mempunyai pendidikan tinggi. 
15.Suka bergaul dan bergurau.                 
16. Menyukai sesuatu yang unik dan baru.
17. Suka kebebasan, tidak suka terikat.                                 

18. Sukakan cabaran.


Ciri-ciri orang yang menggunakan otak kiri: (saya saya, hee)  
 1. Ingin bekerja sebagai dokter gigi, akuntan, penasihat kewangan,programer dan lain-lain. (nak jadi arkitek!)       
2. Suka membaca surat khabar,majalah atau buku fiktion ,tapi kurang suka dengan novel. (kadang-kadang minat jugak novel)
3. Suka dengan hal-hal mesin. (err, no komen)
4. Lebih memilih jadi arkitek dibandingkan interior designer (betul! tapi kekadang minat jugak interior design)
5. Pandai berbicara. (bolehla sikit-sikit)
6. Merasa kesal apabila terlambat. (yes!)
7. Memutuskan sesuatu berdasarkan fakta bukan berdasarkan perasaan (kadang-kadang)
8. Berpikir secara terstruktur.
9. Senang melakukan sesuatu hal yang pasti.
10. Penuh dengan aturan. (kekadang langgar je)
11. Menyukai hal formal. (contohnya?)
12. Berkomunikasi dengan baik. (ye ke?hehe)
13. Berfikir secara strategik. 

14. Bukan sang pemimpi. (kekadang suka jugak berangan)
15. Usahawan yang berjaya. 

16. Lebih disiplin dalam segala hal. (eh, ye ke?)
17. Semasa belaja
r jarang keluar bilik, senang dengan urusan akademik. (maybe)
18. Bersifat tertutup, kurang bergaul. (saya suka berkawan kot). 

19. Tidak menyukai cabaran. (kadang-kadang. hee)


Jadi, anda otak mana? Yang ciri-ciri tu ada yang betul, ada yang mungkin takdelah betul sangat. Janganlah percaya sangat tau. Ala, ni macam ujian suka-suka je. Ni link nya----> tekan sini. Selamat mencuba ye :)

Sekian. Bye, Assalamualaikum :)

*Saya akhiri entri ini dengan tasbih kafarah dan surah asr.

Saturday, 21 December 2013

"The Chinese Girl who loves Malay clothes"

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Alhamdulillah, sehingga ke saatku menulis entri ini, Allah S.W.T masih memberi aku nafas untuk bernyawa dan merasai segala nikmat dan kebesaranNya. Sebenarnya, lepas habis SPM ni saya agak bosan duduk terperuk dirumah sambil menanam anggur yang takda hasil sambil menternak lemak di badan. Sobsob. Ada yang senasib dengan saya? Give me five! *perempuan sahaja ok! heee. Kadang-kadang rasa menyesal pun ada masa minggu-minggu exam dulu kekadang rileks-rileks sambil layan dunia maya dengan harapan dapat mengubat rasa stress study konon. Padahal kalaulah tahu lepas SPM sebegini punya masa terluang, rasa macam nak ganti balik masa dulu. Nak study sungguh-sungguh, taknak main-main! *Padanlah muka sendiri. haha. Sudahlah, masa tidak boleh diundur. Berdoa sajalah pada Allah supaya dipermudahkan segala urusan di dalam kehidupan kita. Jangan bersedih ok , Allah sentiasa bersama kita!


Ok, sebenarnya agak panjang mukadimah entri kali ini sehingga mencecah 12 baris. Tak percaya? cerr kira. haha. Macam betul je, macam betul je. Ok, back to the topic. Hari ni, saya nak buat entri pasal "The Chinese Girl who loves Malay clothes". Siapakah orangnya? Beliau yang saya maksudkan ialah Felixia Yeap. Siapakah wanita ini? jeng jeng jeng.


Sumber: Blog Felixia Yeap.

Subhanallah, she gorgeous right? Sebenarnya, Kak Felixia bukanlah seorang penganut agama Islam. Tapi, menurut beliau, She is "The Chinese Girl who loves Malay clothes". Sebenarnya, Felixia Yeap merupakan salah seorang model di Malaysia. Sedih rasanya apabila orang bukan islam pun mengenakan hijab sedangkan wanita Islam sendiri tak menunaikan kewajipan menutup aurat :'( Nak dijadikan cerita, saya kenal Felixia Yeap melalui post rakan saya di Facebok. Mungkin ini salah satu  takdir untuk saya melihat sendiri keindahan agama Islam. Apa yang menarik perhatian saya ialah walaupun beliau seorang yang bukan beragama Islam, tetapi beliau mengenakan tudung apabila berada di luar. Menurut beliau di salah satu gambar di blognya yang berhijab, "My true self when I am not working."



Anda sudah kenal orangnya? Ye, Felixia Yeap memang pernah menjadi salah seorang model untuk majalah Playboy. Felixia sendiri memang mengaku. Tapi, setelah saya membaca luahan hatinya di blog beliau, saya rasa beliau ingin berubah. Wallahu'alam. Menurut beliau,  "The Felixia Yeap now...is still in the midst of transition...still learning and just starting to berjinak-jinak with muslimah styles and fashion besides trying to understand, learn more and dig deeper about its religion that is giving me more and more peace". 



Ketenangan? Sungguh, saya terharu membacanya. Subhanallah, sungguh indah Islam kan? Agama yang pastinya memberi ketenangan kepada penganutnya yang benar-benar mengamalkan ajaranNya yang sebenar. Nak betul-betul rasa kemanisan iman? Ada tiga perkara yang membuatkan kita dapat merasai manisnya iman.
  1. Cinta kepada Allah dan rasulnya lebih daripada segalanya. 
  2. Mengasihi sesama manusia kerana Allah.
  3. Benci kepada kekufuran sebagaimana benci jika dicampakkan kedalam api neraka.            


Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa kepada Allah S.W.T agar Dia memberikan taufik dan hidayah kepada Hamba-hambaNya yang ingin mencari kebenaran seperti Felixia Yeap untuk membuka hati mereka agar dapat menerima islam. Agama islam bukanlah satu paksaan dan agama islam sangat indah. Sesiapa yang melaluinya pasti akan tahu apa yang cuba saya sampaikan. Kepada Kak Felixia *eh,beliau baca ke entri saya ni? hee. Stay strong sis. Keep moving forward dalam perkara positif yang anda buat. Pedulikan haters yang tak suka anda tutup aurat tu. I want you to know that you have choose the correct choice. Carilah ketenangan yang hakiki(berkekalan) dalam hidup kita. Hidup kita di dunia ni hanya sementara. Kelak, kita akan meninggalkan dunia ini juga. Mati itu satu kepastian.


Antara gambar Felixia Yeap berhijab:














Untuk membaca kisah lanjut mengenai Felixia Yeap, bolehlah terjah blog beliau di http://felixiayeap.blogspot.com

Sekian. Bye, Assalamualaikum.

 *Saya akhiri entri ini dengan tasbih kafarah dan surah asr.