Friday, 16 May 2014

Pengalaman Temuduga IPG 2014

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu.


Sebenarnya nak jadi cikgu ni salah satu cita-cita saya masa dulu-dulu. Ingat lagi masa isi "cita-cita saya" dalam fail masa darjah satu. Cita-cita nombor 1 tu saya letak cikgu. Ye la, dulu mana tahu apa-apa kan. Tak tau pharmacist, veterinar, geologist, diatetic semua tu wujud. Budak-budak la katakan.



Haritu saya ada mohon untuk Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) atau mohon IPG la senang cerita. Alhamdulillah, saya dapat untuk ujian saringan yang pertama iaitu Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Saya pergi ujian tu 15 April 2014. Nak tau macam mana ujiannya. Bolehlah klik ke blog Ahmad Amiruddin. 



Alhamdulillah, saya terpilih untuk menduduki pemilihan yang seterusnya iaitu temuduga.








Yang paling seronok sekali semestinya ibu dengan ayah. Bersungguh betul nak anaknya ni jadi cikgu. Tanggal 14 Mei 2014 menjadi tarikh keramatku. Ecehh. Ye la kan, ini pertama kali nak ditemuduga. Bila keluar je result temuduga tu, dah rasa tak senang duduk. Sibuk mencari maklumat sana sini. Tak ketinggalan juga siapkan semua borang dan dokumen untuk dibawa. Tapi yang sedihnya bila dah siap-siap mintak pengesahan daripada penolong kanan sekolah, lepastu boleh pulak tertinggal sejil-sijil peka -.- Haih. Terpaksalah mintak cop imam taman saya. Hahaa. Janji ada cop ye dak? Lagi satu, saya yang dulu tak pernah-pernah rajin tengok berita pon dah jadi rajin. Surat khabar pon saya beli. Masa ni lah rasa otak dah berkarat. Macam mana la nak jawab soalan nanti. Tawakal je la.



Hari temuduga menjelang tiba. Saya bertolak dari rumah lebih kurang pukul 7.15 pagi. Biasalah, orang paling dekat mesti sampai lambat. Kan kan kan?


OOTD. Colour blocking bakhang!


Mula-mula malu jugak nak pakai tudung pink yang striking tu. Tapi, ada nasihat daripada senior. Dia cakap pakai warna terang. Hambek kau, memang terang bederang kebabom! Kasut pulak saya pakai kasut PLKN yang berkilat tu. Bila jalan, memang akan berbunyi. Arghhh, memang kena tebalkan muka la masa interview ni. Walaupun kadang-kadang rasa orang pandang semacam, takpelah, confident jeee la wahai diri.


 
Kalau ikut surat tawaran, saya ditemuduga pada jam 9.00 pagi. Kira kimpulan pertama la saya ni. Tapi pukul 8.00 dah kena ada kat IPG tu untuk sesi pendaftaran dan taklimat ringkas. Masa masuk dewan tu, Walla! Bila tengok calon-calon lain semua makin jadi gementar. Lagi-lagi bila nampak ada yang pakai blazer semua. Nampak confident je dorang.


Lepas sesi taklimat tu, calon semua dibenarkan ke bilik temuduga masing-masing. Masa dalam perjalanan tu, saya dah jumpa kawan satu kumpulan saya, Masturah. Alhamdulillah. Ramah orangnya. Baru kenal tapi dah terus boleh ngam. 


Lepatu, kitorang cari bilik E, khusus untuk calon Bahasa Melayu. Ada 5 bilik kesemuanya.


A: Pendidikan Islam.
B: Sains.
C: Sejarah.
D: Kaunseling.
E: Bahasa Melayu.


 
Lepas dah jumpa bilik, saya cuba untuk cari kumpulan saya. Alhamdulillah, jumpa! Mereka semua sangat peramah! Sporting habis. Kitorang dah macam lama kenal. Memang kitorang satu kepala. Saya tengok masa tu kitorang je yang bising-bising. Calon kumpulan lain macam senyap je. Lepastu saya check nama pada pintu yang ditampal senarai nama. Bila tengok, fuhhh, nama saya atas sekali. Yang pertama. Ya Allah, ni mesti kena mula dulu ni. Argh, tawakkal je la.


 
Tepat pukul 9.00 pagi, calon dipanggil masuk. Kumpulan saya terdiri daripada 8 orang. Asalnya 6 orang. Tetapi 2 orang tidak hadir. Penemu duga tersebut panggil lagi 2 orang yang ditemuduga pukul 10.30 untuk masuk ke pukul 9.00.







Macam ni lah kedudukannya. Warna berdasarkan warna tema baju pada hari tersebut.



Lepas dipanggil masuk, kitorang duduk mengikut senarai nama. Ha, macam kat atas tuu. Penemuduga bilik E seorang perempuan dan seorang lelaki. Rasanya memang pensyarah IPG. Ok, sesi temuduga akan  dimulakan sekarang!



*Nota: Dialog di bawah tidak 100% sama dengan apa yang berlaku semasa di tempat kejadian. Harap maklum. Saya cuba mengingati apa yang termampu.





Penemuduga: "Sebelum kita mula, marilah kita berkenalan dulu. Sila perkenalkan diri anda".



Saya: Alang-alang dah duduk hujung ni, mula dulu la. Angkat tangan. "Saya mula dulu ye? Baiklah, Assalamualaikum dan selamat pagi. Nama saya bla bla bla".



Penemuduga: Selain minat, kenapa awak nak jadi cikgu? 



Saya: Memang dah agak dah kena tanya ni. "Saya ingin menjadi seorang guru kerana saya ingin mendidik anak bangsa saya. Saya ingin menjadi salah seorang pendidik yang boleh mendidik anak bangsa saya untuk menjadi seorang yang berilmu". Spontan je keluar dari mulut. Berpeluh nak jawab.



Semua calon mempenalkan diri masing-masing. Lepas itu, kami semua diberi satu tayangan video. Video apa? Rahsia~ Barulah suprise kan.



Penemuduga: "Baik, saya akan bagi kamu semua masa 25 minit untuk bincangkan pengajaran, faedah dan masalah yang dihadapi setelah kamu menonton video tadi".



Calon semua duduk secara separuh bulatan. Kami pun memulakan sesi perbincangan dalam kumpulan. Dimulakan dengan Mas. Ada juga satu ketika terbehenti selepas saya memberi pendapat. Maaf ye kawan-kawan. Sebabkan saya, korang semua jadi mati akal. Lepas itu, kami teruskan je perbincangan walaupun tak tahu isi tu betul ke tak. Yang penting bercakap. Apa yang saya perhatikan, semua ahli kumpulan saya memang mengambil bahagian. Semua ahli cuba cari peluang untuk bercakap.



Selesai perbincangan secara berkumpulan, tibalah masa untuk soalan secara individu pulak. Jeng jeng jeng.



Penemuduga: "Guru ibarat lilin yang membakar diri. Boleh awak terangkan maksud peribahasa tersebut?'



Saya: Gulp. Ya Allah, apa nak cakap ni. Otak, tolonglah berfungsi! "Peribahasa tersebut bermaksud seorang guru yang sanggup berkorban untuk mendidik anak bangsa. Guru banyak berkorban walaupun mempunyai banyak tanggungjawab seperti keluarga, anak-anak, murid bla bla bla". Jawapan saya pendek jee. Dah mati akal dah :(



Penemuduga: "Itu sahaja?"



Saya: "Ye saya, itu sahaja". Rasa nak terjun bangunan.



Penemuduga: "Terangkan perbezaan sajak dan peribahasa".
Liyana: "Sajak ialah bla bla bla"



Penemuduga: "Berikan contoh simpulan bahasa dan peribahasa".



Liyana: "Contoh simpulan bahasa bla bla bla".



Penemuduga: "Apakah langkah kerajaan untuk meningkatkan profesion perguruan?".



Asyraf: "Salah satu langkah memperketat syarat kemasukan ke IPG bla bla bla".



Penemuduga: "Bagaimana kaedah untuk menarik pelajar untuk minat dalam bidang Bahasa Melayu".



Penemuduga: "Apakah faedah daripada kegiatan kokurikulum".



Penemuduga:"Terangkan berkenaan falsafah pendidikan kebangsaan".



Lebih kurang macam tu lah soalannya. Lebih kurang 1 jam la jugak kami semua kat dalam bilik temuduga tu Alhamdulillah, kami semua tak ditanya soalan dalam bahasa inggeris pon. Kalau tak, mahu tergagap-gagap saya. Penemuduga kami pun baik orangnya dan tidak terlalu tegas.



Lepas keluar daripada bilik temuduga tu, alhamdulillah lega sangat! Muka semua dah ceria balik dah. Maing-masing rasa malam ni dah boleh tidur dengan lena. Lepas itu, saya dan kawan-kawan sekumpulan ambil gambar. Ala, apa orang sekalrang panggil tu? Selfie ea? XD hikhik.



Sekarang ni, hanya mampu berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan kami semua. Kalau ada rezeki ada lah. Mana tau kita dapat satu IPG ke kan?  Aamin.



*Segala yang saya kongsikan disini hanya sekadar perkongsian. Diharap tiada timbul sebarang isu berkenaan perkongsian saya. Terima kasih.

Wednesday, 30 April 2014

PLKN part 5 (Pengalaman pahit dan manis)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu.



Kawan-kawan yang sebaya saya mesti sekarang ni tengah pening sebab nak sambung belajar kan? 4 Mei ni result UPU nak keluar. Walau apa pun keputusannya, redha dan tawakkal tau. Anggap la itu sebagai takdir yang Allah dah tentukan untuk kita. Yang penting, niat kita nak belajar ikhlas kerana Allah Ta'ala. Ok, back to the topic. Setiap orang ada pengalaman pahit dan manis dalam hidup dia kan? Tipu lah kalau tak ada. Macam saya jugak. Tapi kali ni saya nak story pasal pengalaman saya kat Kem Plkn Warisan.



Pengalaman Pahit :(


1.Kejadian Histeria
Yang ni memang jadi betul-betul depan mata saya. Dulu, pernah-pernah la dengar orang cerita pasal benda ni. Dan saya juga pernah rasa nak tengok sendiri depan mata. Hah, hamekkau! Bila dah jadi depan mata, tak tau nak cakap apa. Masa tu, saya doa pada Allah supaya cepat-cepatlah malam berlalu. Sebenarnya, makhluk tu wujud, cuma kita je tak nampak. Dan kejadian ini juga memang sedikit sebanyak menguji kekuatan iman kita.


Ceritanya bermula begini. Malam kejadian tu, saya dan kawan-kawan semua ke bilik air secara berjemaah. Macam biasa sebelum kitorang tidur, kitorang akan gosok gigi dan ambil wuduk. Tak silap saya masa tu saya tengah cuci muka. Tiba-tiba kawan saya masuk bilik air dan bagitau, "Weh, Dek pengsan!" Kitorang pon keluarlah untuk tengok keadaan Dek. Yang peliknya, Dek jatuh kat kawasan yang cerun. Saya pon pelik, kenapa Dek boleh jatuh kat sini. Lepastu, kitorang pon ramai-ramai angkat Dek ke kawasan yang lebih rata. Masa tu, saya angkat bahagian kepala. Lepas saya letak je kepala Dek kat lantai, tiba-tiba Dek sedar. Dan dia terus nangis dan menjerit. Saya pon ingatkan dia rasa sakit. Tiba-tiba, ada kawan saya cakap. "Dek kena his.... weh!" Saya pon apa lagi, terus lari pergi bilik warden. Menggigil satu badan tau. Lepastu, warden cakap "Awak semua pergi masuk dorm baca yassin". Saya dengan kawan-kawan pon terus masuk dorm baca yassin. Saya perasan kawan chinese saya masa tu masing-masing  kat katil sendiri  berselubung. Kitorang pon teruskan baca yassin. Dengan tengah menggigil-gigil ni, saya baca yassin dengan suara yang tersekat-sekat. Lepastu, saya perasan ada dua tiga orang kawan saya yang menangis dan pejam mata je. Pintu dorm pon main-main dengan kitorang. Alahai pintu ni pon -.- Angin pon sejuk je. Saya pegang je tangan kawan saya kuat-kuat. Kesian dia. Hehe.


Tak lama lepas tu, ada sorang kawan saya yang dalam bulatan bacaan yassin terkena jugak. Saya dan Farahin terus lari pergi ke Office dan bagitau cikgu. Kesian Pain kena paksa lari dengan saya. Soriii tau Pain. Masa kat office, saya nampak Dek dah terbaring kat lantai. Cikgu cakap, "Awak kena berani, tak boleh takut". Lepastu, saya pon balik dorm dan saya nampak van kem dah bawak kawan saya lagi sorang yang terkena tu pergi office.


Malam tu, kitorang tidur cantum katil. Masing-masing ketakutan. Lagi-lagi saya ni haa yang masih dalam mode terkejut. Yang tak boleh nak lupa, dalam pukul 1 pagi macam tu, tetiba rasa tak tahan nak buang air. Kalau ikutkan memang nak tahan je. Tapi dah tak boleh. Lepastu, saya terus kejut Najlah suruh temankan saya. Lepastu, saya, Najlah, Wiyah, Najihah dan Lisa, sama-sama pergi toilet. Masa ni lah baru saya sedar, kawan yang betul-betul kawan. 


Esoknya. Masing-masing diam je. Muka budak-budak Kompeni Delta semua sembab sebab peristiwa malam tadi. Kitorang tak cerita pada kompeni lain pon pasal hal ni. Peristiwa ni memang akan jadi satu kenangan dan pengalaman dalam hidup saya.


Ingat, 'benda' tu memenag wujud. Cuma, kita kena kuatkan iman. Tanamkan dalam diri kita yang kita hanya takut pada Allah S.W.T. Jangan biar rasa takut kita buatkan benda tu makin suka nak kacau kita. Banyakkan zikir, selawat dan baca Al-Quran. Haaa, lagi satu. Solat tolong lah jangan tinggal. Solat ni kan tiang agama. Kalau kita tinggal, macam mana kita nak dekat dengan Allah? Macam mana Allah nak tolong kita? Tepuk dada tanya iman.




2.Demam dan Sakit Tekak.
Semua orang pernah rasa sakit kan? Saya pon. Tapi bayangkanlah bila kita sakit lepastu kita kurang rehat. Dapat bayangkan tak? Macam ni lah yang saya alami kat kem. Masa tu dalam mood KKJ. Mula-mula, rasa tekak ni gatal semacam. Lepastu suara hilang. Ya Allah, peritnya rasa bila tak ada suara. Kalau nak cakap kena keluarkan segala tenaga yang ada. Macam menjerit rasanya. Lepastu, dalam dua tiga hari selema pulak datang. Ni kalau batuk selesema dah datang memang dah sah sah la nak demam. Saya dah pergi medic dah mintak ubat. Tapi, MA cakap lepas makan ubat batuk kena tidur 8 jam. 8 jam? Saya ni dapat tidur 6 jam je. Sedihnya. Tak makan pon ubat tu. Hehe. Saya ambek panadol je. Sampai satu kali tu telan 2 biji. Yang paling perit tu, tengah demam-demam, lepastu kena buat macam-macam aktiviti. Saya paksa je diri ni. Nasib baik lah aktiviti tak berat sangat. Sebenarnya, sakit ni tak boleh dilayankan sangat. Makin dilayan makin menjadi.


Ada satu masa tu, memang musim demam dengan sakit mata. Masa tu memang musim panas dan dah lama tak hujan. Dalam sebulan lebih tak hujan. Masa tu memang ramai sangat demam. Sampai medik kena bukak bilik baru sebab ramai budak demam. Saya pon tak ketinggalan jugak. Allah nak uji agaknya. Saya pon kena serang dengan demam. Tapi saya ambil peristiwa ni sebagai ujian yang Allah nak bagi.



3.Kena gigit/sengat serangga (Tak dapat dikenal pasti)
Ingat lagi masa Wirajaya. Kitorang kena tidur dalam khemah. Tapi khemah kitorang open. Tak ada lah tertutup. Masa malam tu memang tak tidur lena. Asyik tersedar sebab rasa kena gigit nyamuk. Tapi bila saya sedar dalam pukul 4 setengah masa dorang kejutkan kawan saya untuk jaga malam, saya tengok tangan saya dah bengkak dah. Ingatkan kena gigit nyamuk. Tapi benda ni pelik. Gatal kat sendi-sendi. Lepastu saya, Fika dengan Wiyah pon pergi jumpa cikgu yang tengah duty. Kitorang tengok semua cikgu dah lena. Tapi saya nampak sorang MA yang baru nak tarik selimut. Saya pon jumpa dia. Lepastu, dia just bagi ubat sapu. Dia pesan kalau esok tak baik jugak, datang medik. Tapi agak kelakar la, tangan saya nampak besar sangat. Memang bengkak agak teruk masa tu. Tapi Alhamdulillah, lama-lama dah susut lepas dua tiga hari.



4.Bendera Kompeni Tertinggal 
Kejadian ni memang tak boleh nak salahkan sesiapa. Sebenarnya, bendera ni tanggungjawab semua. Kisahnya macam ni. Pelatih-pelatih kena ambil bendera yang dicacak sebelum habis waktu makan malam. Lebih kurang sebelum 6.30 petang macam tu. Tapi ada satu hari tu, entah macam mana semua ahli Delta tak perasan langsung yang bendera tu kitorang tak ambek lagi. Bendera tu tetiba jadi halimunan agaknya. Lepastu, masa baris solat maghrib, Jurulatih displin, Encik Syah cakap bendera Delta ada pada dia. What?! Apa kes ni? Semua dah cuak. Semua risau sebab takut kompeni kena potong markah merit. Ini hal bendera tau. Bukan sikit kena potong.


Lepastu, OC kompeni Delta, Cikgu Osman, jumpa kitorang. Cikgu tanya, kenapa boleh leka? Serba salah pulak rasa. 91 orang tak boleh jaga satu bendera? Haih -.- Sebenarnya, bendera tu, selalu wira yang jaga. Tapi disebabkan hal ni, cikgu suruh wirawati dan jaga. And guess what? Sayalah orang yang cikgu bagi tanggungjawab untuk pastikan bendera tu sentiasa terjaga. Walaupun mula-mula saya rasa berat tapi Alhamdulillah, peristiwa ni mengajar saya untuk jadi lebih bertanggungjawab. Dan, markah kompeni jugak tak kena potong :)



Peristiwa Manis :)


1.Sambut Hari Lahir yang ke-18
Korang pernah kena prank tak? Atau korang yang prank orang? Haa, ni nak habak mai ni. Saya kena prank tau dengan kawan-kawan saya pada malam birthday saya. Malam 15 februari, hari sabtu.


Pengarah : Najlah Sakinah (Najlah)
Pelakon : Nur Farahin (Pain), Rabiatul Adawiyah (Wiyah), Nur Shafiqah (Fika), Nazzatul Amylisa (Lisa), Rona Farhana (Rona), Siti Nur Najihah (Najihah).
Mangsa Utama : Saya.
Mangsa yang tak bersalah : Penghuni BP7.


Ok, ceritanya bermula macam ni. Masa malam tu, macam biasalah kitorang pergi toilet nak gosok gigi ambil wuduk semua. Lepas tu, dorang ramai-ramai bawak baldi sebab nak basuh baju katanya. Saya yang innocent ni langsung tak terfikir apa-apa. Ye la, ingatkan dorang terlebih rajin malam tu. Hehe. Tetiba Pain cakap yang dia pening. Lepastu pulak Najlah tanya, "Kau tak rasa sayang ke tidur pakai baju ni?". Ok, masa ni memang tak syak apa-apa lagi. Lepastu balik dorm, saya terus tidur. Dalam pukul 12.30 malam, tetiba Pain kejut saya suruh temankan pergi toilet sebab dia cakap dia loya. Saya pon gaghkan diri jugak bangun walaupun masa tu memang ngantuk.


Masa dalam perjalanan ke toilet, saya dengar suara dari BP7. "Tak tidur lagi dorang ni rupanya", detik hati saya. Lepastu, sampai je toilet, saya nampak Pain dah terbaring kat lantai. Saya terus panggil dia. Tapi dia tak sedar. Saya teringat yang budak BP7 tak tidur lagi. Saya terus pergi BP7 cakap yang Pain pengsan. BP7 tak tau sebenarnya rancangan dorang ni. Lepastu, saya balik BP8, terus saya kejut Najlah. Lepastu, Najlah kejut Wiyah, Najihah, Fika, Lisa dengan Rona. Saya pon pelik. Kenapa nak kejut ramai-ramai. Tapi masa ni tak pikir apa-apa. Dalam otak ni tengah pikir Pain yang tengah pengsan tu.


Sampai je toilet, saya nampak Pain dah sedar. Tapi muka dia pucat sangat. Dorang dah tolong urut sikit-sikit. Masa tu, dorang dah panggil cikgu. Tapi masa tu saya tengok cikgu dok jauh-jauh je. Tak tolong pon. Aik, pelik sungguh. Lepastu, 3 balak wirawati, Jing Yi, suruh saya check nadi Pain. Ok, ni part paling tak boleh belah. Saya dengan tak bersalahnya pergi check nadi Pain. Haha. Apakah?. Lepastu, saya kena simbah dengan berbaldi-baldi air. Huh, aku kena prank? Tidaaaaaaaaaakk! Haha. Masa tu rasa nak nangis sebab terharu dorang sanggup plan semua ni untuk saya. Terima kasih sahabat-sahabatku. Aku takkan lupa korang :)



Lagi satu, malam yang esoknya hari ahad tu saya call ibu saya. Mana tau family saya nak wish saya ke. Tapi, tidak :( Ibu tak cakap apa-apa pon kat saya. Masa tu saya dah nak nangis je. Ingatkan dorang semua tak ingat birthday saya. 


Esoknya, masa hari lawatan keluarga, kawan saya cakap nama saya kena sebut. Lepastu ayah saya talipon bagitau family saya dah ada kat logistik. Ha? Biar betul ni. Kenapa tak bagitau dulu?. Rupa-rupanya dorang buat suprise :) Abang saya siap belikan kek favourite saya. Terharu sangat. Terima kasih sangaaaaat! :)



2.First Time Belajar Berenang 
Sebelum ni memang saya penakut sikit dengan air. Tapi bila dapat peluang ni takkan nak lepaskan kan. Redah je air tu. Kolam yang dalam tu pon saya masuk je. Tapi pakai life jacket la. Haha. Ingat lagi kawan-kawan excited sangat dapat berenang. Lagi-lagi Fika yang katanya dapat potong Rona yang pandai berenang tu. Haha. Memang seronok!



3.First Time Main Flying Fox dan Repelling
Walaupun saya dah cerita pasal benda ni tapi saya nak cerita lagi. Tak kira. Wahahaha. Flying Fox ni best sangat. Rasa kita terapung kat udara. Saya menjerit time berlepas. Lantak lah. Janji hilang rasa gayat tu. Sekali naik nak lagi. Repelling pon sama. Tapi repelling lagi tinggi. First time jugak naik benda alah ni. Tapi I prefer Flying Fox. Hihi. One of my sweet moment :)



4.Menari Tarian Zapin
Kitorang kena buat persembahan untuk malam penutup. Sebenatnya saya sendiri yang volunteer nak menari zapin walaupun tak pandai. Mula-mula memang rasa kayu. Lama-lama pon masih rasa kayu. Dah tak ada darah tarian kot. Tapi, first time kot menari :) Hantam sajalah.



5.Memekak Dalam Dorm
Penghuni BP8 sememangnya awesome dan sporting. Dan.... suka memekak. Ini fakta tau. Hehe. Sebab kalau ada yang tengah tidur, orang tu akan bangun dan marah si polan si polan yang tengah memekak tu. Terutama Lychee. Haha. Kitorang selalu kacau dia tidur. Tapi, memang best. Tak rasa sunyi pon dengan dorang ni. Kalau teringat suasana dalam dorm kan, memang rindu sangangat kat dor.



6.Juara Dalam Beberapa Pertandingan
Antaranya Kawad kaki, kembara halangan, wirajaya, navigasi, dan pertandingan syair anjuran DBP



7.Delta dianugerahkan Kompeni Terbaik 
Sebenarnya ramai rasa Alpha yang jadik juara sebab dorang dah lead. Kitorang dah tertinggal. Tapi lepas diumumkan tu, rasa bersyukur sangat. Tetiba timbul rasa sayang dengan friendship dan kerjasama satu kompeni.


Sebenarnya, banyak lagi pengalaman pahit dan manis. Antaranya main game Perisai Zaman,  satu kem blackout, pakai baju kurung dengan kain batik selempang, muka kena conteng, stress dengan pertandingan, salah paham dan macam-macam lagi la. Tapi peristiwa di atas ni je yang mampu saya coretkan. Semangnya PLKN memberi banyak pengalaman suka duka dapam hidup saya. Thumbs up :)



Bye, Assalamualaikum :)