بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih kerana masih setia bersama blog cik stongan dalam segmen PLKN. Duhh, bajet-bajet ada orang nak baca belog mu je. Sadis -.- Ok, tanpa membuang masa, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat illahi kerana masih diberi peluang merasai segala nikmatnya di atas muka bumi. Alhamdulillah. Entri lepas saya ada tulis pasal life sebelum masuk plkn kan. Belum baca? Apa tunggu lagi, sila klik sini. Ok, kali ni saya nak cerita tentang aktiviti harian yang para pelatih buat kat kem. Tapi, aktiviti bergantung pada kem masing-masing ye anak-anak. Saya cerita ni pasal Kem Warisan Masjid Tanah, Melaka. Ready? Let we start.
Pagi.
Pernah dengar tak orang cakap kalau duduk PLKN ni, habeslah hengkorang(engkau orang), kena bangun pagi.Yes, memang betul. Untuk hari isnin sampai jumaat, saya biasa bangun pukul 5. Paling lambat pon 5 setengah. Itu pon dikira wirawati paling lambat tau bangun. Aisaymennn, terok la haku ni. Budak dorm saya ni memang kaki bangun pagi tau. Saya bangun pon sebab dorang kejut. Kalau tak, mahu terlajak sampai subuh gajah. Buruk betul perangai -.-
Lepas bangun mestilah kena mandi kan. Nasib baik bilik air kat bawah tu selalu ada air. Kawan saya, dia kompeni alfa, pernah bagi tau yang bilik air kat atas pukul 5 kadang-kadang dah tak ada air. Pukul 5? Kalau ikotkan, memang tak mandi la saya kalau dok dorm atas. Alhamdulillah, bilik air kat bawah ni ok je :)
Lepas solat subuh, semua pelatih diwajibkan berbaris pukul 6.20 pagi untuk perhimpunan pagi. Bayangkan, perhimpunan pukul 6.20. Dulu kat sekolah, pukul 7.15 pon dah mengadu awal semua. Barulah tau kan bersyukurnya masa kat sekolah dulu. Time perhimpunan pagi ni, kitorang kena lapor kekuatan kompeni. Tetiba rindu pulak nak dengar suara 4 balak dengan 3 balak bagi command. "Bariiiiiiis, bariiis sedia. IC squad, lapor!" Ahaha. Lepastu, ada bacaan doa, ikrar dan nyanyi lagu negaraku dengan lagu khidmat negara. Kena ikot giliran kompeni. Yang tak boleh nak tahan, time nyanyi semua tak nak bukak mulut. Selalu dengar suara cikgu osman je. Our beloved OC~ Semangat sangat Cikgu Osman ni. Lagi satu, pengalaman yang seronok adalah naikkan bendera. Saya ada lah jugak dua tiga kali naikkan. Memang ketar-ketar pegang tali tu, tapi memang best! Tak tipu. Sebab timbul rasa bangga tu. Ecehhh.
Lepas perhimpunan pagi, pelatih-pelatih kena buat PT pagi. Apa tu? PT is stand for Physical Training. Haaa, time ni lah lompat baring guling semua. Yang part guling tu memang hiperbola. PT peberet saya ialah PT 10. Tampar lalat. Saya pon pelik hapebenda kejadah la senam tampar lalat ni. Sebenarnya lompat bintang ye anak-anak. Masa kira time melompat tu best. Eh, haku ni semua best. Apa yang tak best?
Kitorang pon diajar untuk buat J-robik. Selalunya yang lead cikgu Farah la. Time ni saya tengok ramai yang pegelat. Ada yang buat sungguh-sungguh. Ada yang buat ala kadar. Ada jugak senam seni. Ni paling best! Boleh joget-joget. Ahaha. Lagu-lagu yang jurulatih pilih pon yang latest. Boleh layan. Time ni kitorang boleh menari zapin, buat tarian cina, india, etnik sabah sarawak. 1 Malaysia la katekan. Lagi satu, kitorang ada jugak diajar pasal TTS. Tumbuk Tampar Sepak. Ni dorang la cakap. Hehe. TTS tu Tempur Tanpa Senjata. Sejenis seni mempertahankan diri. Kat sini saya belajar macam mana nak bukak kekuda, nak hormat versi seni mempertahankan diri. Kaki yang tak berapa nak tegak ni pon ditegak tegakkan. Siap boleh buat flying kick. Wacaaa~ Baiklah, saya nak pesan, kalau korang bakal jadi pelatih khidmat negara, please involve dan buat bersungguh-sungguh dalam aktiviti yang korang sertai. Barulah korang akan rasa seronok kat sana. Ini base on my experience.
Ok, lepas aktiviti pagi, pukul 7 setengah loceng dibunyikan menandakan masa untuk isikan perut. Miahaha. Gelak ea kau wirawati? haha. Kitorang akan pergi makan pukul 7.30. For your information, makanan kat Kem Warisan memang lazat-lazat belaka. Pelik jugak sebab dulu abang saya cerita yang kem dia makanan kurang menepati selera dia. Alhamdulillah, kat sini makanan memang kena lah dengan tekak. Memang tak pernah miss sarapan. Haih, rindu pulak nasi lemak Warisan~
Lepas sarapan biasanya kitorang akan tukar pakaian kelas untuk aktiviti dalam kelas. Kitorang akan berbaris pukul 8.20 pagi. Yang tak boleh lupa pasal kasut kelas ni, memang la cun melecun kilat milat tapi bila jalan dia terkeluar terkeluar. Ada yang amek inisiatif pergi sumbat dengan tisu. Saya la tuuu! Ok, lepastu masa baris yang ni kitorang akan di check. Ni kira sport check kekemasan diri. Dari rambut, misai janggut bagi yang lelaki, baju, seluar, dan kasut. Kuku pon selalu kena check. Time ni la ayat "disebabkan angin kuat aepuluh satu dua, hentak kaki cepat!" dilaungkan oleh encik polis. Haha. Only in Kem Warisan :) Lepastu, barulah kitorang beratur untuk masuk kelas. Eheheh, bunyi macam sekolah je kan.
Kelas kat sini bukan macam kelas kat sekolah. Kat sini tak ada kerusi, meja semua. Kitorang dok lantai je. Macam mengimbau kembali suasana di alam kanak-kanak ribena. Wooha~ Kitorang akan dibahagikan kepada 6 kelas dan ada banyak modul. Kelas saya dulu CB3, Pekerti 4 dengan KN 2. Best tau masuk kelas ni. Macam-macam aktiviti kitorang buat. Paling best pada saya kelas CB. Banyak aktiviti. Ada dapat gula-gula tau! hihi.
Tengah Hari.
Macam biasa, makan tengah hari lepas habis kelas. Pukul 12.30. Makanan selalu best masa tengah hari ni. Senang cerita makan bila-bila pon memang sedap la kat kem warisan. Ahha, promote yeee. Lepas makan, siap-siap untuk solat zohor dan aktiviti seterusnya.
Pukul 2.20, turun berbaris untuk aktiviti fizikal. Selalunya kat dewan pinggiran linggi la. Sebelah sungai Linggi woooo. Rupanya sebelah kem ni Negeri Sembilan rupanya. Kira sungai Linggi ni sempadan Melaka Negeri Sembilan gitu. Dah masuk kem baru tau.
Aktiviti fizikal selalunya kitorang buat aktiviti yang outdoor. Macam kawad, navigasi, latihan survival dan etc. Kalau nasib baik buat aktiviti kat dewan je. Kalau NKB kena berjemur la jawabnya. NKB is stand for Nasib Kurang baik. Hehe. Tapi tak suka tak suka kawad pon kompeni delta juara kawadkaki keseluruhan tau. Haa, nak tahu story, insyaAllah, next entri ya. Stay tuned.
Petang.
Minum petang. Haha. Tak habis-habis makan kan. Ingatkan duduk sana boleh kurus slim mlim. Tapi tak jugak sebab nafsu makan robek dek makanan yang disajikan lazat-lazat belaka. Rezeki jangan ditolak kan. Minum petang ni biasanya makan kuih-kuih je.
Pukul 5.20 petang, kitorang kena baris kat padang kawad. Baris ni untuk kira strength. Memang setiap kali berbaris balak-balak kena kira kekuatan. Eh jap, tadi ada sebut pasal balak kan? Balak ni spesis apa? Ni balak yang pakwe tu ke? Eh, tak dulu pon saya ingat macam tu. Ha, kalau nak tau balak ni macam pangkat la. 4 balak tu ketua pelatih. Act macam penghulu. 3 balak ada dua orang. 3 balak wira dan wirawati. Mereka ketua untuk wira dan wirawati. 2 balak ada 8 orang. 4 wira 4 wirawati. 2 bagi setiap kompeni, wira dan wirawati. 1 balak ada 16 orang. 1 balak ni ketua dorm. Faham? Tak faham baca balik ye. Ok, sambung balik cerita tadi ye. Kat mana tadi? Ha, lepas baris pukul 5.20 petang ni, kitorang bebas buat aktiviti sendiri. Time ni pelatih selalu riadah. Kitorang tak boleh balik dorm masing-masing. Saya kadang-kadang jugak joging. Kadang-kadang. Sila faham ayat ini ye. Hehe. Selalunya jalan je tungguu untuk makan malam. Tapi setiap khamis, masa riadah ni ada program mentor mentee.
Lepas riadah, makan malam. Makan berat which is makan nasi. Tapi ramai jugak yang skip makan malam sebab nak berebut bilik air. Wa steady je beb. Tapi jangan cakap I tak mandi okayy. Kat PLKN ni kita kena belajar untuk buat kerja dengan pantas. Even mandi pon kena pantas. Walla~
Malam
7.10 malam. Waktu untuk berbaris bagi penganut agama islam untuk tunaikan kewajipan masing-masing. Time ni pakai baju bebas. Alhamdulillah, jurulatih cakap kumpulan kitorang ni dorang bagi kelonggaran pakai pakaian bebas. Bebas bukan bermaksud boleh pakai seluar pendek tu semua. Pakaian yang bebas tetapi bersopan. See, jurulatih warisan memang terbaik~ Dorang cakap pelatih dulu baris pakai baju kelas tau. Ya Allah, panas tau. Mesti peluh dah macam hujan lebat. Lepas baris, kitorang pergi surau Al-Amin untuk solat Maghrib berjemaah.
Lepas solat maghrib, ada wirid, zikir doa semua lah. Tapi yang masih terpahatdalam memori yang tak boleh dilupakan ialah kitorang baca doa rabitah. Doa untuk ukhuwah persahabatan. So sweet kan~ Alhamdulillah, patutlah persahabatan kitorang macam kertas yang digam :) Lepas tu, kadang-kadang ada tazkirah daripada ustaz dan ustazah. Kadang-kadang ada jugak tayangan video. Video UAI, pasal kematian, keinsafan semua la.
Lepas solat isyak, biasanya kena berkumpul kat Dewan pinggiran untuk taklimat dan sebagainya. Kalau takde apa-apa, balik dorm buat pentadbiran sendiri. Tapi aktiviti favourite pelatih kat sini, pergi kiosk. Kiosk ni macam kedai runcit la. Kitorang beli air, jajan maggi untuk makan kat dorm atau padang kawad. Kalau maggi nanti makan malam-malam. Syiok~
Pukul 10 malam, waktu minum malam. La, makan lagi. Berapa kali makan daa~ Kat PLKN, pelatih akan diberi makan sebanyak 6 kali. Ulang suara, 6 kali! Dan Free! Siapa yang tak suka benda free kan? Alhamdulillah, takde la timbul isu tak cukup makan ke kat sini. Pelatih diberi makan sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan minum malam. Lepas baris malam, semua pelatih balik dorm masing-masing. Pukul 11 malam dah kena light off. Pukul 11 tau. Tapi dorm saya pukul 12. Tu pon kalau dengar motor jurulatih yang duty. Haha. Lepastu, kitorang hidupkan lampu balik. Nakal kan kitorang. Mentang-mentang dorm bawah bukit, tersorok suka suki je kan. Mintak maaf ye cikgu :) Lepas tu, pelatih-pelatih akan dibuai mimpi yang indah. Maka berakhirlah hari kami semua dengan jayanya.
Hari Sabtu
Hujung minggu la masanya nak qada' tidur tau. Bangun pagi mesti lambat. Paling awal pon pukul 6. Heaven je rasa dapat tidur lama sikit. Ye la, dah seminggu berperang kan. Ecehh, perang la sangat. Macam biasa sarapan pukul 7.30 pagi. Hujung minggu takde PT pagi. Yeay~ Pukul 8.20 kena baris pagi. Kadang-kadang, lepas baris ada macam-macam taklimat. Contohnya macam taklimat pendidikan, kerjaya dan etc. Kalau takde apa-apa, apa lagi balik dorm buat peta kat bantal la. Baris tengahari pukul 2.20 petang. Tu pon biasanya ada ceramah etc. Hari sabtu memang hari ceramah dan taklimat. Petang macam biasa la, ada riadah. Malam pon kadang-kadang ada taklimat semua. Hari sabtu hari ilek-ilek je.
Hari Ahad.
Hari yang ditunggu-tunggu. Sebab boleh tidur sampai lebam. Hehe. Hari ahad adalah hari lawatan keluarga. Kalau yang kena duty tu, pergi duty. Kalau yang takde apa-apa memang membuta la jawabnya. Sampai yang sanggup langgar lunch sebab nak tidur. Kalau ikutkan saya memang nak macam tu. Tapi perut punya pasal, gagahkan diri jugak pergi turun lunch. Petang pulak selalunya takde apa-apa aktiviti. Ye la, ramai family datang kan, aktiviti semua tak boleh nak jalankan la. Kira hari ahad ni boleh dikatakan hari bahagia pelatih-pelatih. Lepastu, hari Isnin nanti confirm semua lemau sebab dah terlebih tidur :D
Bersambung.........
Bye, Assalamualaikum :)