Monday, 16 December 2013

Saya bakal menjadi pelatih Khidmat Negara



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh .


Di pagi yang hening dan indah,ditemankan bunyi cengkerik  krik , krik ,krik ……. *sila sambung ayat seterusnya. Ada ke cengkerik kat kawasan sini? Ok, sekarang ni, bila dah tinggalkan zaman persekolahan, mulalah nak bermadah-madah bagai ni, ye dok ? bila dipikir-pikirkan kembali, Subhanallah, ana begitu rindukan kehidupan zaman persekolahan *padahal tak sampai sebulan habis SPM. Ya benar , lepas dah habis zaman persekolahan ni barulah rasa begitu indahnya zaman persekolahan dengan sahabat-sahabat yang awesome, cikgu-cikgu yang best, buku-buku yang krik krik. Eh, bunyi cengkerik lagi. Ada ke yang rindukan buku? Ok, agak kejam saya di sini. InsyaAllah, dengan keizinanNya, saya harap di entri akan datang saya dapat berkongsi kisah zaman persekolahan saya bersama pembaca-pembaca yang dirahmati Allah S.W.T sekalian.



Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Apa agaknya yang bermain di minda saudara dan saudari apabila mendengar perkataan ini?




Tanggal _/_/_ *tak ingat tarikh -.-' , keluarlah keputusan pelatih terpilih. Hati saya 70-30. 70% tak nak, 30% nak. 30% tu sebenarnya nak sedapkan hati je. Mana tahu kalau terpilih kan. Mula-mula abang saya yang semakkan . Then, dia cakap saya tak dapat. Dalam hati, fuhh lega hati ni .senyuuummm  hee. Tapi rasa tak puas hati jugak. "Cuba je la check balik, mana tahu dia main aucak aucak ke kan". Then, saya cuba lagi, tak dapat lagi. "Ok ok ni last aku check". Selepas itu, bermulalah sejarah baru dalam hidup saya . Ya, saya dapat. Tu lah , siapa suruh gatal sangat check banyak-banyak kali . Eh, gitu pulak? Takpelah, dah ketentuan Allah.




Can u see? I get it right ?

                                                         
Kat sekolah habis heboh. Masing-masing menyibukkan diri untuk bertanya kawan-kawan. Tidak terkecuali saya yang ditanya. Ada yang gelak, ada yang cemburu.  Kepada sahabat-sahabat yang berhasrat nak pergi tapi tak kesampaian, bersabar lah ye. Ada hikmah di sebalik semua tu. Mengikut kajian saya lah, ramai yang nak pergi tak dapat. Yang memang tak nak pergi, terpilih pulak. Mengapa  harus begini ? Tepuk dada tanya saki ke tak. Eh, tetiba.



Haritu dah keluar result penempatan pelatih. Saya berdoa dapat panggilan pertama. Tupp tupp, dapat  hee . Alhamdulillah , Allah makbulkan doaku. Terima kasih Ya Allah.



Tadaaa . Tu dia . Bakal jadi rakyat Melaka kejap.

                                         

 Ni lah , kem yang bakal saya berkhidmat selama 2 bulan 10 hari. Ingatkan 3 bulan rupanya 2 bulan lebih je. Ni belum tolak cuti tahun baru cina tahun depan lagi. Yang bestnya  dapat elaun percuma. Siapa nak bagi ? Makan minum semua free tau . *macam kat rumah tak makan free je.  Saja je sebenarnya nak sedapkan hati ni.



Dalam beberapa hari lepastu saya stalklah blog-blog senior-senior yang dah pernah menjadi pelatih. Melalui penulisan mereka, saya dapat rasakan PLKN ini amat seronok sebenarnya. Alhamdulillah, tetiba rasa tak sabar pulak. Bagaimana ye agaknya kehidupan saya di sana ? Wallahua’lam.



Sekarang ni, dah terbayang-bayang apa barang-barang yang nak dibawa. Rasanya tak muat satu luggage. Biasalah nama pun perempuan. Semua barang nak dibawanya *ke aku sorang je dok fikir semua barang nak bawak.  Kalau boleh nak bawak satu family dengan kawan-kawan sekali suruh dorang temankan. Apakan daya, kat sana kenalah pandai-pandai hidup. Ye dok ? Saya ok, saya dah besar. Saya nak ingatkan pada diri sendiri, bakal-bakal pelatih dan sesiapa sahaja yang membaca entri ini, sebenarnya anda tidak keseorangan. Allah sentiasa bersama kita walau di mana sahaja . Ingat tu !



*Ya Allah, kau permudahkanlah urusanku dan sahabat sahabatku yang bakal menjalani latihan di PLKN. Aamin !


 *Saya akhiri entri ini dengan tasbih kafarah dan surah asr.