بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh .
Di pagi yang
hening dan indah,ditemankan bunyi cengkerik
krik , krik ,krik ……. *sila sambung ayat seterusnya. Ada ke cengkerik
kat kawasan sini? Ok, sekarang ni, bila
dah tinggalkan zaman persekolahan, mulalah nak bermadah-madah bagai ni, ye
dok ? bila dipikir-pikirkan kembali, Subhanallah, ana begitu rindukan
kehidupan zaman persekolahan *padahal tak sampai sebulan habis SPM. Ya benar ,
lepas dah habis zaman persekolahan ni barulah rasa begitu indahnya zaman
persekolahan dengan sahabat-sahabat yang awesome, cikgu-cikgu yang best,
buku-buku yang krik krik. Eh, bunyi cengkerik lagi. Ada ke yang rindukan
buku? Ok, agak kejam saya di sini. InsyaAllah, dengan keizinanNya, saya
harap di entri akan datang saya dapat berkongsi kisah zaman persekolahan saya
bersama pembaca-pembaca yang dirahmati Allah S.W.T sekalian.
Program
Latihan Khidmat Negara (PLKN). Apa agaknya yang bermain di minda saudara dan
saudari apabila mendengar perkataan ini?
Tanggal
_/_/_ *tak ingat tarikh -.-' , keluarlah keputusan pelatih terpilih. Hati
saya 70-30. 70% tak nak, 30% nak. 30% tu sebenarnya nak sedapkan hati je. Mana tahu kalau terpilih kan. Mula-mula abang saya yang semakkan . Then, dia cakap saya tak dapat. Dalam
hati, fuhh lega hati ni .senyuuummm hee. Tapi rasa tak puas hati jugak. "Cuba je la check balik, mana tahu dia
main aucak aucak ke kan". Then, saya cuba lagi, tak dapat lagi. "Ok ok ni last aku check". Selepas itu,
bermulalah sejarah baru dalam hidup saya . Ya,
saya dapat. Tu lah , siapa suruh gatal sangat check banyak-banyak kali . Eh,
gitu pulak? Takpelah, dah ketentuan Allah.
![]() |
Can u see? I get it right ? |
Kat sekolah
habis heboh. Masing-masing menyibukkan diri untuk bertanya kawan-kawan. Tidak
terkecuali saya yang ditanya. Ada yang gelak, ada yang cemburu. Kepada sahabat-sahabat yang berhasrat nak pergi tapi
tak kesampaian, bersabar lah ye. Ada hikmah di sebalik semua tu. Mengikut
kajian saya lah, ramai yang nak pergi tak dapat. Yang memang tak nak pergi,
terpilih pulak. Mengapa harus begini ?
Tepuk dada tanya saki ke tak. Eh, tetiba.
Haritu dah
keluar result penempatan pelatih. Saya berdoa dapat panggilan pertama. Tupp
tupp, dapat hee . Alhamdulillah , Allah makbulkan doaku. Terima kasih
Ya Allah.
![]() |
Tadaaa . Tu dia . Bakal jadi rakyat Melaka kejap. |
Ni lah , kem
yang bakal saya berkhidmat selama 2 bulan 10 hari. Ingatkan 3 bulan rupanya 2
bulan lebih je. Ni belum tolak cuti tahun baru cina tahun depan lagi. Yang
bestnya dapat elaun percuma. Siapa nak
bagi ? Makan minum semua free tau . *macam kat rumah tak makan free je.
Saja je sebenarnya nak sedapkan hati ni.
Dalam beberapa hari lepastu saya stalklah blog-blog senior-senior yang dah pernah menjadi pelatih. Melalui penulisan mereka, saya dapat rasakan PLKN ini amat seronok
sebenarnya. Alhamdulillah, tetiba rasa tak sabar pulak. Bagaimana ye agaknya
kehidupan saya di sana ? Wallahua’lam.
Sekarang ni, dah terbayang-bayang apa barang-barang yang nak dibawa. Rasanya tak muat satu
luggage. Biasalah nama pun perempuan. Semua barang nak dibawanya *ke aku sorang
je dok fikir semua barang nak bawak. Kalau boleh nak bawak satu family dengan
kawan-kawan sekali suruh dorang temankan. Apakan daya, kat sana kenalah
pandai-pandai hidup. Ye dok ? Saya ok, saya dah besar. Saya nak ingatkan pada
diri sendiri, bakal-bakal pelatih dan sesiapa sahaja yang membaca entri ini,
sebenarnya anda tidak keseorangan. Allah sentiasa bersama kita walau di mana
sahaja . Ingat tu !
*Ya Allah,
kau permudahkanlah urusanku dan sahabat sahabatku yang bakal menjalani latihan
di PLKN. Aamin !
No comments:
Post a Comment