بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu.
Alhamdulillah, akhirnya sampai juga cita-cita nak buat blog. Dulu memang dah meroyan dan ada niat dah. Tapi pendam je dulu. Almaklumlah, SPM candidate la katekan. Takut tak dapat nak seimbangkan hal-hal berblogging ni. Umur pon masih setahun jagung. Masih tak banyak pengalaman dan ilmu yang nak dikongsikan. Sekarang ni, lepas SPM, baru lah gagahkan diri jugak nak berblog. InsyaAllah, lepas ni,saya dah berazam nak cuba berkongsi ilmu yang Allah dah kurniakan ni. Walaupun sedikit, tapi harapan saya ilmu itu dapat dimanfaatkan bersama.
Ok, back to the topic. Entri kali ni saya nak bincang pasal perempuan dan aurat. Perkara ni sebenarnya dah ramai orang tegur kan. Tapi macam tak berkesudahan. Saya sedar, saya pon masih tak sempurna lagi dalam pemakaian. Tapi sebenarnya, saya berusaha untuk jadi ke arah itu. Kita kena tahu, ini perintah Allah. Tak boleh ambil ringan.
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)
Tapi sekarang ni, saya perasan bab-bab aurat ni dah jadi perkara yang semakin membimbangkan. Lagi-lagi sekarang ni zaman IT. Kadang-kadang kita tak perasan gambar-gambar yang kita letak kat facebook, instagram,twitter dan media-media yang lain sebenarnya telah mendedahkan aurat kita. Subhanallah, jauhkanlah kami daripada itu semua Ya Allah! So girls, sebelum awak nak post gambar awak yang comel lagi anggun tu, kita kena check dulu aurat kita ye. *peringatan untuk saya juga.
Sekarang ni kita perasan ramai yang sudah berhijrah kan. Ramai yang dah mula pakai tudung. Contohnya artis-artis kat Malaysia ni. Alhamdulillah, Allah telah kurniakan hidayah untuk mereka. Mari kita sama-sama berdoa agar Allah tak tarik balik hidayah yang Dia dah bagi. Aminn! Tapi sejauh mana pakaian yang kita pakai tu menepati syarat-syarat yang dituntut dalam islam? Di sini, saya nak kongsi beberapa perkara yang kita selalu ambil ringan dan kadang-kadang tak perasan.
1.Nampak Lengan.
Yang saya perhatikan sekarang ni, ramai yang pakai tudung tapi berlengan pendek. Ya, memang betul. Mungkin pada mereka istilah tutup aurat tu pakai tudung je. Sebenarnya, lengan pun aurat juga ye. Jadi, saya sarankan, pakailah baju lengan panjang plus pakai handsock sekali. Handsock ni sebenarnya sangat bagus tau. Dia tidak akan mendedahkan lengan kita ni. Dia akan mecengkam lengan kita *eh, macamlah korang tak tahu kan. So, kalau dah tahu mengapa tidak pakai lagi? Kadang-kadang bila saya nak keluar pon kalau tak pakai handsock rasa macam tak lengkap. Kalau korang rasa panas pon, pakai jelah. Nanti lama-lama korang akan rasa selesa. Trust me !
![]() |
Pakai hand sock lebih baik :) |
2.Jarang.
Yang ni pon selalu kan. Terutamanya tudung. Kadang-kadang kita nampak orang pakai tudung tapi nampak rambut , bentuk leher and etc. Setahu saya, tudung yang jarang adalah tudung bawal dengan shawl yang nipis-nipis tu. Saya pon sebenarnya memang peminat tudung bawal. Pada saya, orang yang pakai tudung bawal di nampak sopan dan nampak ala-ala gadis melayu terakhir kan? Tanyalah jejaka-jejaka di luar sana. Ye dok abam-abam semua? Tapi tudung bawal yang macam mana yang patut dan tak patut kita pakai? Kalau boleh, kalau yang agak jarang tu, pakailah inner neck. Sekarang ni dah melambak-lambak jual kan. Tudung syria korang pon korang boleh buat inner neck. Memang la panas. Tapi lama-lama korang akan biasa. Tak silap nanti, lepas ni kalau korang pakai tudung yang dah tebal kuasa lapan pon korang still nak pakai inner neck lagi. Dah jadi macam Alah bisa tegal biasa *peribahasa kau. Lepas tu, trylah pilih tudung yang tak jarang. sebagai contoh, tudung akil bidang 50 atau 60 tu. Tudung besar-besar ni best. Tak pon pakai shawl yang tebal-tebal tu. Dah banyak dah kat pasaran. Lagi satu, baju tu jangan yang jarang ok !
3.Tak labuh.
Bab-bab labuh ni memang subjektif. Tapi pada saya, labuh tu biarlah sampai menutupi aset-aset yang telah Allah anugerahkan. Pahamkan maksud saya?
![]() |
Cantik kan begini? *gambar ehsan pakcik google |
4.Ketat.
Ha, yang ni pon selalu juga nampak Tudung dah cantik dah, labuh. Tapi, nampak bentuk badan kita. Kadang-kadang kita pon tak perasan yang baju yang kita pakai tu ketat. So, sebelum keluar, tanyalah pandangan ayah or abang or adik lelaki. Tanya pandangan mereka lebih baik right? Mungkin pada pandangan perempuan ok, tapi pada lelaki, lain.
![]() |
Dress ni cantik + longgar :) |
5.Tak pakai stokin.
Dulu, saya ingatkan pakai stokin ni tak wajib. Tapi lepas saya belajar, rupa-rupanya pemakaian stokin ni lah yang paling perempuan pandang remeh. Kalau boleh, kalau nak pergi kedai yang seberang rumah ke, nak buang sampah ke, pakai ye .
Pakai stokin ye kaum hawa :) |
Konklusinya, tutuplah aurat kita dengan sempurna. Marilah kita semua berpesan-pesan kepada ibu, adik, kakak atau kawan-kawan. Kalau kita dah tegur tapi mereka masih buat tak tahu je kan, berdoalah pada Allah. Sesungguhnya, Allah maha mendengar. Jangan putus asa!
![]() |
Panduan tutup aurat. *Lelaki pon wajib ye :) |
*Saya akhiri entri ini dengan tasbih kafarah dan surah asr.
No comments:
Post a Comment