بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh .
Fuhhhhh fuhhh fuhhh. Bunyi tiup habuk. Dah berbulan rupanya saya tak update blog yang terchenta ini. Bayangkan, entry yang terakhir tahun lepas. Tahun lepas? Bunyi macam berdekad je kan. Sebenarnya baru lebih kurang empat lima bulan je.
Sebenarnya, boleh dikatakan lambat jugak lah saya nak share pasal PLKN ni. Saya tamat latihan bulan lepas. Tapi tak apalah, demi nak berkongsi pengalaman, apa-apa pon boleh. ahha. Tajuk entri tu macam gempak je kan. Part 1? Macam banyak story sangat. Ye la, 3 bulan kan duduk kat sana. So, let's we start now. For your information, saya merupakan bekas pelatih kumpulan 1, Kem PLKN Warisan, Masjid Tanah, Melaka bagi siri 11 2014.
Hari-hari sebelum melapor diri.
Macam biasa, saya macam pelatih-pelatih yang lain jugak. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Sebenarnya ini semua hiperbola je. ehehe. Tapi boleh nak dikatakan memang perasaan tu bercampur-baur la kan. Takut, sedih, marah, kecewa. Ha, dekat PLKN kita panggil dia GERAMJI. Perasaan yang tak baik. See, saya dapat istilah baru kat PLKN tau. Malam sebelum tarikh melapor, saya dah siapkan semua barang. Dah macam nak pindah! Kadang-kadang pelik dengan diri sendiri. Apasal la pergi hangkot semua sekali. Alahai-.-
Hari Pendaftaran di Perhentian Bas.
Masa ni saya nampak ramai orang dah sampai. First sekali yang saya perhatikan adalah, beg. Beg-beg pelatih lain kebanyakannya semua comel-comel belaka. Beg saya je yang bagak. Alahai. Lepastu, kena beratur dan check nama. Masa tu memang masing-masing blur pandang kiri kanan. Ye la, semua muka paksa rela. Tak nak tinggalkan keluarga katanya. Tapi kalau diingatkan balik, sangat kelakar. Sebab kawan saya cerita, masa pendaftaran kita tak kenal semua lagi kan. Bila dah kenal, teringat balik rupanya best friend kita tu beratur sebelah kita masa pendaftaran tu. Kem saya ada dua bas. Lebih kurang dalam 2 jam lepastu, bas pon berolak ke kem terchenta. Masa saya lambai ibu saya, saya nampak ibu saya nangis. hehe. Ye la, saya tak pernah jauh dengan famili. Nak-nak saya anak bongsu. Faham-faham je la.
Semasa Perjalanan.
Time ni saya dok terbayang life kat kem. Saya bayangkan kena bangun pagi, kena joging hari-hari, kena denda. Semua lah terbayang. Pelatih-pelatih lain pon macam mengenangkan nasib diri je. Perjalanan nak ke kem Warisan tu lebih kurang 4 ke 5 jam kalau tak silap. Jauh jugak la. Nak masuk kem saya ni kena redah karpet merah dulu. Eh tak, tanah merah sebenarnya. Mula-mula masuk tu, mak aih, kem apa ni? betul-betul masuk hutan. Tak nak bagi pelatih lari kem ni. Macam-macam benda saya fikir. Pak cik bas tu siap cakap dengan guru pengiring, "lepas ni, kena redah sungai pulak kan cikgu? Ada bot pulak tunggu". Time tu muka saya dah macam ni,
Betul ke kena redah sungai ni? Tak, tak itu semua dusta. Pakcik tu saje je buat lawak. Jauh jugak la lalu jalan tanak merah tu. Dalam 10 minit.
Ekspresi pertama.
"Tempat apa ni?" Tu dia. Ni lah ayat pertama yang keluar. Ye, itu memang kem PLKN tapi rata-rata ramai yang cakap macam tu jugak. I dont know why. Kalau uoll pergi, uoll tahu la.
Melapor diri.
Semua pelatih diarahkan untuk turun makan dan solat. Masa ni, dapat lah jugak kitorang teroka sikit persekitaran kem Warisan ni. Ok lah, takdela teruk sangat macam jangkaan saya. Time makan tu,memang takde selera. Bukan makanan tak sedap, tapi rindu nak makan masakan ibu. hehe. Manjanya alahai.
Lepastu, kitorang kena naik logistik untuk urusan seterusnya. Borang pendaftaran, kesihatan, menembak dan etc. Lepastu ada pemeriksaan beg. Ha, yang ni memang dah agak dah. Mesti ada jurulatih tegur pasal beg aku. Dorang tanya, pebenda lah yang haku bawak. Macam nak pindah. haha. Layankan je ah. Lepastu, dapat baju, kasut semua. Free beb. Siapa tak suka barang free. Only in PLKN. ecehhhh.
Dorm.
Part ni lah yang selalu eksaited kan? Ha, saya dapat dorm BP8. Which stand for Bilik Perempuan 8. Dan saya merupakan Kompeni Delta. Oh, kompeni ku terchenta~ ehehe. Masuk bilik tu, dah ada orang. Pelatih Batu Pahat yang paling last melapor diri. Dapat katil yang ujung-ujung. Takpela, janji ada tempat nak tidur. Lama-lama, ok la kan. Dan, mulalah perkenalan saya dengan kawan-kawan yang baru..............
Bersambung.
![]() |
Kem Warisan di hatiku~ |
No comments:
Post a Comment