بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatu.
Sebenarnya nak jadi cikgu ni salah satu cita-cita saya masa dulu-dulu. Ingat lagi masa isi "cita-cita saya" dalam fail masa darjah satu. Cita-cita nombor 1 tu saya letak cikgu. Ye la, dulu mana tahu apa-apa kan. Tak tau pharmacist, veterinar, geologist, diatetic semua tu wujud. Budak-budak la katakan.
Haritu saya ada mohon untuk Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) atau mohon IPG la senang cerita. Alhamdulillah, saya dapat untuk ujian saringan yang pertama iaitu Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Saya pergi ujian tu 15 April 2014. Nak tau macam mana ujiannya. Bolehlah klik ke blog Ahmad Amiruddin.
Alhamdulillah, saya terpilih untuk menduduki pemilihan yang seterusnya iaitu temuduga.
Yang paling seronok sekali semestinya ibu dengan ayah. Bersungguh betul nak anaknya ni jadi cikgu. Tanggal 14 Mei 2014 menjadi tarikh keramatku. Ecehh. Ye la kan, ini pertama kali nak ditemuduga. Bila keluar je result temuduga tu, dah rasa tak senang duduk. Sibuk mencari maklumat sana sini. Tak ketinggalan juga siapkan semua borang dan dokumen untuk dibawa. Tapi yang sedihnya bila dah siap-siap mintak pengesahan daripada penolong kanan sekolah, lepastu boleh pulak tertinggal sejil-sijil peka -.- Haih. Terpaksalah mintak cop imam taman saya. Hahaa. Janji ada cop ye dak? Lagi satu, saya yang dulu tak pernah-pernah rajin tengok berita pon dah jadi rajin. Surat khabar pon saya beli. Masa ni lah rasa otak dah berkarat. Macam mana la nak jawab soalan nanti. Tawakal je la.
Hari temuduga menjelang tiba. Saya bertolak dari rumah lebih kurang pukul 7.15 pagi. Biasalah, orang paling dekat mesti sampai lambat. Kan kan kan?
![]() |
OOTD. Colour blocking bakhang! |
Mula-mula malu jugak nak pakai tudung pink yang striking tu. Tapi, ada nasihat daripada senior. Dia cakap pakai warna terang. Hambek kau, memang terang bederang kebabom! Kasut pulak saya pakai kasut PLKN yang berkilat tu. Bila jalan, memang akan berbunyi. Arghhh, memang kena tebalkan muka la masa interview ni. Walaupun kadang-kadang rasa orang pandang semacam, takpelah, confident jeee la wahai diri.
Kalau ikut surat tawaran, saya ditemuduga pada jam 9.00 pagi. Kira kimpulan pertama la saya ni. Tapi pukul 8.00 dah kena ada kat IPG tu untuk sesi pendaftaran dan taklimat ringkas. Masa masuk dewan tu, Walla! Bila tengok calon-calon lain semua makin jadi gementar. Lagi-lagi bila nampak ada yang pakai blazer semua. Nampak confident je dorang.
Lepas sesi taklimat tu, calon semua dibenarkan ke bilik temuduga masing-masing. Masa dalam perjalanan tu, saya dah jumpa kawan satu kumpulan saya, Masturah. Alhamdulillah. Ramah orangnya. Baru kenal tapi dah terus boleh ngam.
Lepatu, kitorang cari bilik E, khusus untuk calon Bahasa Melayu. Ada 5 bilik kesemuanya.
A: Pendidikan Islam.
B: Sains.
C: Sejarah.
D: Kaunseling.
E: Bahasa Melayu.
Lepas dah jumpa bilik, saya cuba untuk cari kumpulan saya. Alhamdulillah, jumpa! Mereka semua sangat peramah! Sporting habis. Kitorang dah macam lama kenal. Memang kitorang satu kepala. Saya tengok masa tu kitorang je yang bising-bising. Calon kumpulan lain macam senyap je. Lepastu saya check nama pada pintu yang ditampal senarai nama. Bila tengok, fuhhh, nama saya atas sekali. Yang pertama. Ya Allah, ni mesti kena mula dulu ni. Argh, tawakkal je la.
Tepat pukul 9.00 pagi, calon dipanggil masuk. Kumpulan saya terdiri daripada 8 orang. Asalnya 6 orang. Tetapi 2 orang tidak hadir. Penemu duga tersebut panggil lagi 2 orang yang ditemuduga pukul 10.30 untuk masuk ke pukul 9.00.
![]() | ||
Macam ni lah kedudukannya. Warna berdasarkan warna tema baju pada hari tersebut. |
Lepas dipanggil masuk, kitorang duduk mengikut senarai nama. Ha, macam kat atas tuu. Penemuduga bilik E seorang perempuan dan seorang lelaki. Rasanya memang pensyarah IPG. Ok, sesi temuduga akan dimulakan sekarang!
*Nota: Dialog di bawah tidak 100% sama dengan apa yang berlaku semasa di tempat kejadian. Harap maklum. Saya cuba mengingati apa yang termampu.
Penemuduga: "Sebelum kita mula, marilah kita berkenalan dulu. Sila perkenalkan diri anda".
Saya: Alang-alang dah duduk hujung ni, mula dulu la. Angkat tangan. "Saya mula dulu ye? Baiklah, Assalamualaikum dan selamat pagi. Nama saya bla bla bla".
Penemuduga: Selain minat, kenapa awak nak jadi cikgu?
Saya: Memang dah agak dah kena tanya ni. "Saya ingin menjadi seorang guru kerana saya ingin mendidik anak bangsa saya. Saya ingin menjadi salah seorang pendidik yang boleh mendidik anak bangsa saya untuk menjadi seorang yang berilmu". Spontan je keluar dari mulut. Berpeluh nak jawab.
Semua calon mempenalkan diri masing-masing. Lepas itu, kami semua diberi satu tayangan video. Video apa? Rahsia~ Barulah suprise kan.
Penemuduga: "Baik, saya akan bagi kamu semua masa 25 minit untuk bincangkan pengajaran, faedah dan masalah yang dihadapi setelah kamu menonton video tadi".
Calon semua duduk secara separuh bulatan. Kami pun memulakan sesi perbincangan dalam kumpulan. Dimulakan dengan Mas. Ada juga satu ketika terbehenti selepas saya memberi pendapat. Maaf ye kawan-kawan. Sebabkan saya, korang semua jadi mati akal. Lepas itu, kami teruskan je perbincangan walaupun tak tahu isi tu betul ke tak. Yang penting bercakap. Apa yang saya perhatikan, semua ahli kumpulan saya memang mengambil bahagian. Semua ahli cuba cari peluang untuk bercakap.
Selesai perbincangan secara berkumpulan, tibalah masa untuk soalan secara individu pulak. Jeng jeng jeng.
Penemuduga: "Guru ibarat lilin yang membakar diri. Boleh awak terangkan maksud peribahasa tersebut?'
Saya: Gulp. Ya Allah, apa nak cakap ni. Otak, tolonglah berfungsi! "Peribahasa tersebut bermaksud seorang guru yang sanggup berkorban untuk mendidik anak bangsa. Guru banyak berkorban walaupun mempunyai banyak tanggungjawab seperti keluarga, anak-anak, murid bla bla bla". Jawapan saya pendek jee. Dah mati akal dah :(
Penemuduga: "Itu sahaja?"
Saya: "Ye saya, itu sahaja". Rasa nak terjun bangunan.
Penemuduga: "Terangkan perbezaan sajak dan peribahasa".
Liyana: "Sajak ialah bla bla bla"
Penemuduga: "Berikan contoh simpulan bahasa dan peribahasa".
Liyana: "Contoh simpulan bahasa bla bla bla".
Penemuduga: "Apakah langkah kerajaan untuk meningkatkan profesion perguruan?".
Asyraf: "Salah satu langkah memperketat syarat kemasukan ke IPG bla bla bla".
Penemuduga: "Bagaimana kaedah untuk menarik pelajar untuk minat dalam bidang Bahasa Melayu".
Penemuduga: "Apakah faedah daripada kegiatan kokurikulum".
Penemuduga:"Terangkan berkenaan falsafah pendidikan kebangsaan".
Lebih kurang macam tu lah soalannya. Lebih kurang 1 jam la jugak kami semua kat dalam bilik temuduga tu Alhamdulillah, kami semua tak ditanya soalan dalam bahasa inggeris pon. Kalau tak, mahu tergagap-gagap saya. Penemuduga kami pun baik orangnya dan tidak terlalu tegas.
Lepas keluar daripada bilik temuduga tu, alhamdulillah lega sangat! Muka semua dah ceria balik dah. Maing-masing rasa malam ni dah boleh tidur dengan lena. Lepas itu, saya dan kawan-kawan sekumpulan ambil gambar. Ala, apa orang sekalrang panggil tu? Selfie ea? XD hikhik.
Sekarang ni, hanya mampu berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan kami semua. Kalau ada rezeki ada lah. Mana tau kita dapat satu IPG ke kan? Aamin.
*Segala yang saya kongsikan disini hanya sekadar perkongsian. Diharap tiada timbul sebarang isu berkenaan perkongsian saya. Terima kasih.