بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Tadi saya tengah blogwalking. Tetiba terjumpa blog adik Ainur Atikah. Btw, akak pon minat purple macam awak jugak tau. hihi. High five sikit jom! Terjumpa pulak entri adik Ainur pasal otak kiri dan otak kanan ni. Macam best je, macam menarik je. Saya pon cuba la. Mengikut ujian tersebut, saya 53% otak kiri dan 47% otak kanan. So, saya otak kiri la ye. Lepastu, saya adalah buat research sikit-sikit pasal otak ciri-ciri orang otak kanan dan otak kiri ni. Ni lah hasilnya. Boleh percaya atau tak? Wallahua'lam.
Ciri-ciri orang yang menggunakan otak kanan:1.Memilih kelas seni atau puisi daripada matematik atau sains.
2.Ingin bekerja dalam bidang kreatif, sosial, penasihat, guru, dan lain-lain.
3. Percaya pada kekuatan imaginasi.
4. Tidak suka hal-hal yang menggunakan otak.
5. Menyukai buku novel atau bukan fiction.
6. Boleh mengingat mimpi-mimpi dengan jelas.
7. Lebih suka menonton DVD daripada berita.
8. Mudah memahami maksud gambar yang dilihat daripada angka-angka.
9. Suka menggunakan perasaan yang kuat untuk mengambil keputusan.
10. Tidak menyukai hal yang terstruktur.
11. Menggunakan intuisi dibandingkan dengan logik.
12. Mampu menghasilka gagasan dan idea-idea yang bijak.
13. Bijak dalam setiap peluang dan kesempatan.
14.Usahawan yang berjaya meskipun tidak mempunyai pendidikan tinggi.
15.Suka bergaul dan bergurau.
16. Menyukai sesuatu yang unik dan baru.
17. Suka kebebasan, tidak suka terikat.
18. Sukakan cabaran.
Ciri-ciri orang yang menggunakan otak kiri: (saya saya, hee)1. Ingin bekerja sebagai dokter gigi, akuntan, penasihat kewangan,programer dan lain-lain. (nak jadi arkitek!)
2. Suka membaca surat khabar,majalah atau buku fiktion ,tapi kurang suka dengan novel. (kadang-kadang minat jugak novel)
3. Suka dengan hal-hal mesin. (err, no komen)
4. Lebih memilih jadi arkitek dibandingkan interior designer (betul! tapi kekadang minat jugak interior design)
5. Pandai berbicara. (bolehla sikit-sikit)
6. Merasa kesal apabila terlambat. (yes!)
7. Memutuskan sesuatu berdasarkan fakta bukan berdasarkan perasaan (kadang-kadang)
8. Berpikir secara terstruktur.
9. Senang melakukan sesuatu hal yang pasti.
10. Penuh dengan aturan. (kekadang langgar je)
11. Menyukai hal formal. (contohnya?)
12. Berkomunikasi dengan baik. (ye ke?hehe)
13. Berfikir secara strategik.
14. Bukan sang pemimpi. (kekadang suka jugak berangan)
15. Usahawan yang berjaya.
16. Lebih disiplin dalam segala hal. (eh, ye ke?)
17. Semasa belajar jarang keluar bilik, senang dengan urusan akademik. (maybe)
18. Bersifat tertutup, kurang bergaul. (saya suka berkawan kot).
19. Tidak menyukai cabaran. (kadang-kadang. hee)
Jadi, anda otak mana? Yang ciri-ciri tu ada yang betul, ada yang mungkin takdelah betul sangat. Janganlah percaya sangat tau. Ala, ni macam ujian suka-suka je. Ni link nya----> tekan sini. Selamat mencuba ye :)
Sekian. Bye, Assalamualaikum :)
*Saya akhiri entri ini dengan tasbih kafarah dan surah asr.
No comments:
Post a Comment