بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.
InsyaAllah, entri kali ni saya nak berkongsi pasal beberapa aktiviti yang menarik sepanjang saya menjadi pelatih khidmat negara. Alhamdulillah, banyak pengalaman yang saya kutip masa kat sini. Korang yang terpilih pergi khidmat negara ni sangat beruntung tau. Banyak benda yang akan korang belajar bila dekat sini. Selain aktiviti yang best-best, korang boleh jumpa ramai kawan. Kawan susah dan senang. Sebab kat sini korang tak boleh nak berharap dengan mak ayah korang. Entri pasal persahabatan, insyaAllah akan saya kongsikan di lain masa. Sabar ye.
*Awas! Anda memerlukan internet yang laju kuasa namploh sebab entri ni dipenuhi dengan gambar. Kalau internet anda lambat, saya bimbang ada yang akan flash lappy mereka dalam lubang jamban. K lawak hambar -.-
KKJ (Kota Kita Janji)/ PP (Pembinaan Pasukan)
Pertandingan pertama yang para pelatih sertai. Pertandingan yang sangat mementingkan kerjasama dalam satu kompeni. Dalam pertandingan ni, para pelatih kena buat bendera, moto, logo, visi misi, lagu kompeni, sorakan semua la. Memang best! Persembahan semua memang gempak katekau. Paling tak boleh lupa masa nyanyi lagu delta. Walaupun yang kat bawah tak ingat lirik. Tapi yang kat atas pentas tu semangat kuasa lapan. Sampai gegau pentas. Baldi pon dengar cerita sampai pecah. Walla. Kompeni Delta punya nama adalah "Perisai Selatan". Perisai tu macam benteng yang mengelilingi sesebuah empayar. Selatan tu sebab pelatih kem ni berasal dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
 |
Tu la bendera Delta |
Nasib tak menyebelahi kompeni Delta. We got second place. Juaranya adalah kompeni alpha. Takpe, korang semua dah buat dengan bersungguh-sungguh. Good job guys!
Sambutan Maulidur Rasul
Tak ingat tarikhnya bila. Saya tak ada catatan rasmi pon masa kat sini. Sadis betul. Masa sambutan ni, kitorang kena buat banner kompeni. Time ni memang ada yang sampai bersengkang mata sebab nak siapkan banner. Alhamdulillah, nasib baik ada gambar. Ni pon ambil daripada album Cikgu Farah.
 |
Banner Kompeni Alpha |
 |
Banner Kompeni Bravo |
 |
Banner Kompeni Charlie |
 |
Banner Kompeni Delta |
Sebenarnya ada 8 banner. Tapi ni je gambar yang ada. Nasib tak menyebelahi kitorang jugak. Dengar kata Delta dapat tempat ke-3. Kompeni yang juara kompeni Charlie. Naib johan Bravo. Juara dapat pergi ceramah Ustaz Kazim Elias. Jelous :( Pemarkahan berdasarkan banner, selawat dengan kreativiti kompeni.
Pertandingan Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka
Pertandingan yang mencungkil bakat pelatih dalam bidang kesusasteraan. Contohnya macam bersajak, syair, seloka. Saya ada ambil bahagian jugak. Hanya sebagai pelakon tambahan. Buat penuh-penuh pentas je. Alhamdulillah, Delta juara kategori syair. Tapi Charlie juara keseluruhan.
 |
Charlie |
 |
Alpha |
 |
Yang ni Charlie |
 |
Delta~ |
Pertandingan Semarak Patriotisme
Pertandingan ni sehari selepas pertandingan kawad. 26 Februari 2014. Jadual kitorang memang pack minggu ni. Kena buat latihan kawad dengan teater selang seli.
 |
Pengacara Majlis. Fatin dengan Ammar (panjang). Dua-dua dari kompeni Delta |
 |
Kompeni Alpha. Tajuk persembahan, Tok Janggut. |
|
|
 |
Tok Janggut kena gantung songsang. Patung tu asyik jatuh je :D |
 |
Kompeni Bravo. Dorang dapat tajuk Rosli Dhobi. Basikal tu Cikgu K punya. Wheel chair tu tak tau dari mana. Yang warna biru cadar wira. Dorang cantumkan. Sangat kreatif dorang ni. | |
 |
Rosli Dhobi dan cinta hatinya. |
|
 |
Kominis! Charlie dapat tajuk Bukit Kepong. |
|
 |
Delta dengan tajuknya teater Pendudukan Jepun. Ni scene kat pasar. Jepun sebarkan propaganda. |
|
|
 |
Gelas DM pecah. Bersungguh betul dorang berteater sampai pecah pinggan mangkuk. |
|
|
 |
Tentera Jepun bunuh penduduk Tanah Melayu. Dorang pakai inner loreng terbalik. Haha. |
|
|
Keputusannya? Alpha juara. Delta tempat kedua. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Cuma cikgu tegur scene kitorang macam kelam kabut sebab terlalu kejar masa. Oh, lupa. Saya berlakon sebagai askar melayu yang kena tembak dengan askar jepun. Rasanya naik pentas 3 saat je terus kena tembak. Kah kah kah.
Pertandingan Kawad Kaki
Pertandingan kawad kaki berlangsung pada 25 Februari 2014. Masa ni hari lahir best friend saya, fika :)
 |
Wira Alpha. Ketua Platun, Una. Una ni orang iban. Una dapat anugerah ketua platun terbaik wira. |
|
|
 |
Ni lah Una. Oh ye, una ni 3 balak. |
 |
Wira Bravo. Ketua Platun, Lenny Ho a.k.a Abang loker. Dorang yang gelar dia macam tu. Haha. |
 |
Wira Charlie. Ketua platun tak dapat dipastikan. Tapi dia 1 balak. |
|
 |
Wira Delta. Ketua platun. navy. |
 |
Wirawati Alpha. Ketua platun, wani. |
 |
Wirawati Bravo. Ketua platun, Farhana. |
|
 |
Wirawati Charlie. Ketua platun, Pika. |
|
|
|
|
|
|
 |
Wirawati Delta. Ketua platun, Fatin yang jadi pengacara pertandingan semarak patriotisme tu. Fatin jugak dapat anugerah ketua pelatun terbaik bagi wirawati. Hari ni jugak birthday dia. |
 |
Fatin Hazwani. |
Alhamdulillah, Delta juara keseluruhan. Tapi Wira Bravo juara kategori wira. Juara kategori wirawati pulak Alpha. Tapi tuah di tangan delta. Ini kalilah~
Pertandingan Kembara Halangan
Ini antara halangan yang perlu kitorang semua redah. Nampak tak yang tembok tu? Saya kena jadi tapak untuk kawan-kawan saya pijak. Fuhh, kena pijak beb. Tapi best sebab rasa macam ada function. Apakah? Nampak tak gambar yang bawah sekali tu? Tau tak yang saya menjerit ketakutan sebab gayat? Waduh, malu ya amat kot. Kesian kawan-kawan kena beratur panjang sebab tersekat dek saya yang berhenti. Nasib baik Aida pegang tangan saya masa tu. Monkey bar dengan tarzan swing saya tak lepas. Alahai sedihnya. Tapi, Alhamdulillah, Delta Juara! Happy wooo~
Pertandingan Wirajaya
Wirajaya ni mencabar sungguh. Kena redah kelapa sawit, cari navigasi dengan camping. Camping? Seriously, ni lah first time saya pergi camping. Kitorang kena cari bearing dan checkpoint dengan meredah kelapa sawit. Waa, dengar macam mencabar kan? Ditambah lagi dengan bawak bag pack yang dipenuhi dengan makanan. Macam maggi, coklat. Eh? :D Lepastu ada pertandingan rescue. Dah sampai tempat camping, kitorang kena buat khemah. Sebenarnya ada pertandingan khemah. Tapi disebabkan masalah tertentu, pertandingan tersebut dibatalkan. Alhamdulillah, pertandingan Wirajaya ni Delta menang. Eh, korang perasan tak kalau ada pertandingan fizikal, semua Delta Juara kan? Macam tuah delta kat pertandingan fizikal.
 |
Besau kan bag pack tu? |
 |
Kamilah bakal suri rumah pada masa hadapan :) Kena masak sendiri ye. |
Tali Tinggi dan Tali Rendah
Tali tinggi ni flying fox dengan repelling. Seriously, memang best! Saya yang gayat ni pon gagahkan diri jugak naik benda alah ni. Lepas buat memang nak naik lagi.
Tali rendah ni more to body balancing. Ada satu permainan ni, kampung A kampung B. Kena ada kerjasama dalam satu pasukan. Dan kami berjaya menyeberang kampung :)
Latihan Air
Selain gayat, saya ni takut air. Haih -.- Tapi tak sangka kolam yang dalam tu gua boleh redah. Tapi dengan bantuan life jacket. Haha. Latihan yang sangat seronok dan tak boleh dilupakan. Fobia air pon lantak la. Beranikan diri jugak. Alhamdulillah, ok je.
Perbarisan Tamat Latihan
17 Mac 2014. Perbarisan yang terakhir bagi kami semua. Perbarisan yang memberi seribu kenangan buat kami. Kitorang sangat terkejut dan bersyukur kerana kompeni Delta diumunkan menjadi juara. Memang tak sangka. Alhamdulillah. Dorang sampai nak menangis dalam baris tapi kenalah control kan. Saya syiok je duduk dalam khemah sebab naikkan bendera pada hari kejadian. Mintak maaf ye kawan-kawan. Cikgu Osman yang pilih saya :)
Wira terbaik jatuh kepada.............................
 |
Cornelius Anak Tamin a.k.a Una. Una memang berani orangnya. Selalu menonjol dalam kelas. Memiliki suara yang merdu dan pandai bermain gitar. Future celebrity maybe? :D |
|
Wirawati terbaik jatuh kepada..................................
 |
Wan Nur Liyana a.k.a Wan. Wan ni 2 balak wirawati bravo. SPM dia straight A katekau. Seorang yang diam-diam ubi berisi. Belakang Wan tu 4 balak. |
Majlis Malam Penutup
Gembira tapi sedih. Perasaan yang timbul pada malam ni. Bayangkan, esok kitorang dah nak balik. Tema pada malam ni, "Wonderful Tonight". AJK backdrop la yang paling sibuk nak hias pentas. Yang lain pon sibuk dengan persembahan masing-masing. Oh, alang-alang ni kan. Saya nak ucapkan terima kasih pada sahabat saya, najlah sebab dah bertungkus lumus perah otak semua seab nak fikirkan konsep persembahan kitorang jugak. Tak lupa juga pada Bella Lollipop :D Banyak jugak persembahan malam ni. Ada cabutan bertuah jugak. Makanan memang special la.
 |
Hasil tangan AJK backdrop untuk malam penutup. Canti kan? Hanna, pinjam gambar tau :) |
|
Lepas habis majlis malam penutup, semua pelatih bersalaman dengan jurulatih-jurulatih. Sedih sangat masa ni. Jurulatih ada banyak bagi nasihat kat kitorang semua. Ni yang lemah ni. Air mata dah tak leh tahan. Malam penutup dipenuhi dengan hujan air mata oleh pelatih. Balik dorm je, terus kemas barang. Ingat lagi Ayu nangis dan peluk kitorang sebab sedih nak balik. So sweet of you my dear :)
Melalui aktiviti-aktiviti yang saya sertai, memang banyak nilai murni dan pengajaran yang saya dapat. Aik, ayat karangan ke kak? :D
Salah satunnya rasa gayat dan takut air tu dah hilang sikit-sikit. Lepastu, saya belajar pasal kerjasama dan persahabatan. Actually, to many to mention. Ecehhhhh.
Bersambung............
Bye, Assalamuaalikum :)
No comments:
Post a Comment